Isnin, 20 September 2010

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE 53 PERINGKAT SEKOLAH






Pada 30 Ogos yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan sambutan Hari Kebangsaan Ke-53 peringkat sekolah. Majlis dimulakan dengan perhimpunan khas yang disertai oleh guru-guru, kakitangan sekolah dan murid-murid. Guru yang bertugas iaitu Puan Kalaivani telah memberi ucapan khas berkenaan dengan sambutan kemerdekaan diikuti dengan ucapan daripada Guru Besar. Bagi menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan, guru-guru telah menyanyikan lagu patriotik dan diakhiri dengan laungan merdeka oleh murid-murid. Selepas rehat, acara pertandingan dimulakan iaitu pertandingan mewarna untuk tahap 1 dan pertandingan kolam untuk tahap 2. Pertandingan komputer sempena Hari Kebangsaan telah diadakan sehari sebelumnya dengan penyertaan dari murid-murid tahun 4 dan 5. Penutup bagi sambutan ini ialah majlis penyampaian hadiah kepada peserta acara pertandingan.