Isnin, 20 September 2010

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE 53 PERINGKAT SEKOLAH






Pada 30 Ogos yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan sambutan Hari Kebangsaan Ke-53 peringkat sekolah. Majlis dimulakan dengan perhimpunan khas yang disertai oleh guru-guru, kakitangan sekolah dan murid-murid. Guru yang bertugas iaitu Puan Kalaivani telah memberi ucapan khas berkenaan dengan sambutan kemerdekaan diikuti dengan ucapan daripada Guru Besar. Bagi menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan, guru-guru telah menyanyikan lagu patriotik dan diakhiri dengan laungan merdeka oleh murid-murid. Selepas rehat, acara pertandingan dimulakan iaitu pertandingan mewarna untuk tahap 1 dan pertandingan kolam untuk tahap 2. Pertandingan komputer sempena Hari Kebangsaan telah diadakan sehari sebelumnya dengan penyertaan dari murid-murid tahun 4 dan 5. Penutup bagi sambutan ini ialah majlis penyampaian hadiah kepada peserta acara pertandingan.

Selasa, 6 Julai 2010

PERTANDINGAN KOMPUTER (KO AKADEMIK) SEKOLAH-SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL DAERAH BALING






PERTANDINGAN KOMPUTER (KO-AKADEMIK) SEKOLAH-SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL PERINGKAT DAERAH BALING.

TARIKH: 26 JUN 2010 MASA: 8.00 PG – 12 TGH
TEMPAT: SJK (T) LADANG BATUPEKAKA, KUALA KETIL KEDAH
ANJURAN: MAJLIS PERMUAFAKATAN SEKOLAH TAMIL (MPST)

Pada 26 Jun yang lalu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Batu Pekaka, Kuala Ketil Kedah telah menjadi tuan rumah bagi Pertandingan KoAkademik Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Peringkat Daerah Baling anjuran Majlis Permuafakatan Sekolah Tamil (MPST). Salah satu yang dipertandingkan ialah Pertandingan Komputer Terbuka yang disertai oleh 8 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dalam daerah Baling. Pertandingan tersebut diadakan di Makmal ICT sekolah. Peserta perlu menyediakan cerita dalam tujuh slide PowerPoint . Cerita tersebut mestilah berunsur moral dan boleh dibuat dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Tamil. Peserta dikehendaki menggunakan Microsoft PowerPoint 2007. Masa yang diperuntukkan adalah 1 jam dan peserta hanya dibenarkan menggunakan komponen-komponen yang sedia ada dalam perisian Microsoft Office PowerPoint 2007 sahaja. Antara sekolah-sekolah yang mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut ialah:
1. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Batu Pekaka
2. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Kuala Ketil
3. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Bukit Sembilan
4. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Kim Seng
5. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Malakoff.
6. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Binjul
7. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Badenoch
8. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Katumbar
9. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Kupang
10. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Pelam

Pertandingan tersebut dimenangi oleh Saswin A/L Karthigasu dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Batu Pekaka dan akan mewakili Daerah Baling ke Pertandingan Peringkat Negeri Kedah.